topbella

Sabtu, 20 April 2013

AMARAN KERAS AURA WHITE!

Assalamualaikum & hey semua....

siapa yang masih belum mencuba produk AURA WHITE???sesiapa yang sudah pakai shida ada beberapa tips yang perlu uolls ikot dan bagi sesiapa yang belum mencuba tak apa....sebab tengah bulan sekarang ni so belum lagi ada gaji dan bila bergaji sila cepat grabb aura white ni taw.....

so bagi sesiapa yang mahukan produk ini boleh terus ke :


emai : cpt_siti@yahoo.com
h/p   : 0175440665
              FB



sesiapa yang apply produk ini pastikan mengikut perkara-perkara dibawah bagi mengelakkan berlaku sampingan :

1-TIDAK BOLEH MINUM AURAWHITE KETIKA PERIOD-MINUM PADA HARI KEEMPAT


2-MINUM AIR KOSONG YANG BANYAK UNTUK CEPATKAN PROSES PENYERAPAN AURAWHITE



Cara minum:

2 SCOPP UNTUK 2KALI SEHARI

uolls pastikan rajin munum air sebanyak yang mungkin supaya aura white dapat diserap!
*rasa AURA WHITE ni umpama rase seperti blackcurrent*
nyummm...nyummm...nyummm




jika anda berminat boleh la email or sms sy ye :) 
kalau nak cantik tak rugi anda membeli produk ni...



Rabu, 3 Oktober 2012

Selamat Hari Lahir MuaZ :)

salam...
Lamanya blog ni sepi. bz bila dah jadi surirumah ni. penat + happy layan anak yang makin membesar ni. 
 macam2 ragam dia. Alhamdulillah hari ni 3 Oct genap sudah setahun umur dia. Syukur sangat2 bila Muaz membesar dengan sihat. 

Ibu Abah doakan semoga Muaz menjadi anak yang soleh dan berjaga dunia & akhirat. Sayang Muaz sgt2 :)

Isnin, 18 Jun 2012

Blog Sepi....:)

Salam untuk semua.
Aduhai lamanya tak tulis apa2 kat blog ni. macam la bz sangat kan..
Anak baru sorang ja pun...heheheh..
Sorang pun macam dah ramai ja rasa.. tak menang tangan melayan karenah dia..
Karenah yang mg menghiburkan hati ni..:)

Alhamdulillah Muaz dah nak masuk 9 bulan dah. 
Gigi pun dah tumbuh 3 batang dh..
Mulut pun dah makin bising dah..
Sangat happy layan dia walaupun penat...huhuhu


senyuman penenang jiwa ragaku...:)

Khamis, 5 Januari 2012

Apabila Ibu Boleh Memilih..


Anakku…

Apabila ibu boleh memilih “Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungmu?”, Maka ibu akan memilih mengandungmu..

Kerana dalam mengandungkan mu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah,

Sembilan bulan nak…Engkau hidup di perut ibu, Engkau ikut kemana-mana pun ibu pergi, Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,

Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak selesa, kerana ibu kecewa dan berurai air mata.


Anakku…

Bila ibu boleh memilih ”untuk ibu berjuang melahirkanmu”,

Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu..

Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,

Adalah seperti menunggu memasuki salah satu pintu syurga,

Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia

sangat ibu rasakan,

Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua, Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa sakit,

Yang tak pernah dapat ibu ceritakan kepada sesiapa pun,

Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia.

Saat itulah…saat paling membahagiakan

Segala sakit & derita hilang melihat dirimu yang merah,

Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,

Kalimat syahadat kebesaran Allah dan junjungan kita Rasulullah di telinga kecilmu.


Anakku…

Apabila ibu boleh memilih “apakah ibu tidur lena, atau harus bangun tengah malam untuk menyusuimu?”,

Maka ibu memilih menyusuimu, Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekalkan hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan – tegukan yang sangat berharga,

Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu dalam pelukan ibu,

Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak dapat rasakan.


Anakku…

Bila ibu boleh memilih “duduk menonton tv atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle”

Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu,

Tetapi anakku…

Hidup memang pilihan…

Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana,

Maka maafkanlah nak…

Maafkan ibu…

Maafkan ibu…

Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,

Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang


Percayalah nak…

Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu

Percayalah nak…

Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu…



Jumaat, 9 Disember 2011

Ahmad Khalif Muaz....


assalamualaikum untuk semua sahabat yang di sayangi.
dah lama tak berblog. segan dah rasanya nak menulis blog ni.
hanya sempat menjenguk blog sahabat2 saja..

Untuk pengetahuan kalian alhamdulillah saya telah
selamat melahirkan zuriat pertama kami pada 3 October 2011.
Ahmad Khalif Muaz nama untuk permata hati kami.

Kehadiran yang sangat bermakna dalam hidup kami berdua.
Semoga Muaz menjadi anak yang soleh penyeri hidup ummi dan abi.




Rabu, 17 Ogos 2011

Perkembangan fetus - hamil 33 minggu

Berat bayi anda sekarang 4.2 paun / 2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 17 inci / 44 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Bayi anda sepatutnya sedang bersiap sedia untuk dilahirkan dengan menunggangbalikkan badannya - kepala harus sudah menjunam ke bawah. Doktor anda akan memberi perhatian yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini – sebab sesetengah bayi kadangkala suka memusing balik semula.

Tengkorak bayi masih mudah dilentur dan belum lagi bertaut, untuk membolehkannya keluar dari kanal lahir yang agak sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras. Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut.

Jika anda ibu buat pertama kali, kepala bayi anda akan bergerak masuk ke dalam pelvis di minggu ini dan menekan serviks dengan kuat. (Ini sering berlaku kepada setengah daripada ibu-ibu yang melahirkan pertama kali.) Jika anda ibu buat kali kedua, ianya akan berlaku seminggu sebelum kelahiran - dan untuk sebilangan ibu, ianya tidak berlaku sehingga sakit bersalin dan melahirkan bermula.Adakah anda bercadang untuk menangani sakit bersalin secara natural? Di sini terdapat semua yang anda perlu tahu tentang kelegaan sakit secara natural.

Anda mungkin ternampak bahawa kaki dan pergelangan kaki anda menjadi bengkak menjelang ke petang. Retensi air, juga dikenali sebagai edema, adalah lebih teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Hairannya, banyak meminum air membantu mengurangkan retensi air. Badan anda - terutama sekali buah pinggang anda - dan bayi anda juga memerlukan banyak cecair, jadi minumlah air dengan banyak. Jika anda terasa bengkak-bengkak atau sembap di tangan atau muka dengan tiba-tiba, berhubunglah dengan doktor anda - ini mungkin tanda pra-eklampsia.

Rabu, 22 Jun 2011

Saat bayi itu dilahirkan..



Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia...

Dia bertanya kepada Tuhan : ' Para malaikat disini mengatakan bahawa
besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya
hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?'

Dan Tuhan menjawab: 'Aku telah memilih satu malaikat untukmu.
Ia akan menjaga dan mengasihimu .'

Bayi bertanya lagi: 'Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya
lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...
Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.'

'Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari.
Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia'

'Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya
jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?'

'Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang
pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan
mengajar kepadamu cara berbicara.'

'Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?'

'Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa'

'Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan
melindungi saya ?

'Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam
jiwanya'

'Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi'

'Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan
bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan
sentiasa
disisimu'

Disaat itu, Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi
dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan

'Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama
malaikat tersebut ?'

'Kamu akan memanggil malaikatmu itu: ' IBU '


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan
cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang
gantinya dunia akhirat....

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan
karenah anak-anak yang sedang membesar...sesungguh nya Syurga itu dibawah
telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,

2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,

3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang
silam

4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki
mu.'



'Sampaikanlah walau satu ayat'

YA ALLAH..........jadikanlah aku seorang muslimah...mukminah...mujahidah..dan seorang anak,isteri & ibu yg solehah....jadikanlah aku salah satu bidadari di syurga nanti......

ingatlah..jika kita berbuat baik kepada ibu bapa kita..nescaya anak-anak kita kan berbuat baik kepada kita...
dan jika kita berbuat jahat dengan ibu bapa kita... anak-anak kita juga akan berbuat begitu pada kita...

Ahad, 12 Jun 2011

Khas buat suamiku tercinta ' Selamat Hari Lahir '


Di sisih tidak di buang jauh sekali. Merana tidak menagis pun tidak. Susahnya kita bersama , senang apatah lagi. Mengharungi kepayahan itu indah. Menikmati kesenangan itu bahagia. Merasai kesakitan kita bersama , mengharunginya kita tabah.Masa itu berjalan terus.Tidak berundur walaupun seminit.Menghayati detik masa yang berlalu , pastinya kita harus menghargainya.

Atas nama ikatan yang suci , atas nama sebuah perhubungan semoga kita terus di berkati. Andai di beri bintang seribu. Andai di hadiahkan intan permata , aku hanya memilih diri mu tiada dua , tiga dan empat.Hanya diri mu seorang dalam di hati ku.

Alhamdulillah hari ini bertambah lagi usiamu. Ku doakan moga pertambahan usia ini meningkatkan kematangan kita bersama. Terus terang aku katakan , di kaulah anugerah terbaik yang Allah berikan kepada ku.Tidak pernah ku terima anugerah sebaik mu. Kehadiranmu memberikan kekuatakn kepada diri ku.Waktu susah engkaulah semangat ku , waktu senang engkaulah komediku.Akhir kata buat suami ku yang ku cintai dan sayangi , Semoga tahun ini akan terus memberikan kita seribu makna dengan kehadiran cahaya mata yang kita nanti-nantikan.

Selagi jasad ini bernafas , selagi itu cintaku padamu akan bersama. Walaupun tiada harta berjuta tapi diri mu dalam hati ini sebagai suami yang pertama dan terakhir. Amin!




Selasa, 31 Mei 2011

DOA AGAR ANAK DALAM KANDUNGAN DIPELIHARA

“ Ya Allah peliharakanlah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.

Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada di perutku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.

Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna, berakal dan pandai, alim dan beramal.

Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam.

Jumaat, 8 April 2011

Amalan-Amalan Yang Dapat Di Amalkan Ketika Mengandung


Memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t dengan memohon ampun dan taubat. Ibu yang hamil digalakkan banyak mengingati Allah supaya hatinya tenang dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Dengan ini diharapkan agar anak yang lahir nanti bersih hatinya dan ibu dapat melahirkan dengan tenang dan baik. Bapa juga digalakkan melakukan perkara yang sama ketika isterinya mengandung.Perempuan yang hamil juga digalakkan supaya banyak bermunajat ke hadrat Allah s.w.t dan memohon doa kepada-Nya semoga anak dalam kandungan sentiasa sihat dan agar dipermudahkan Tuhan bagi ibu tersebut. Doanya :


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawar-mu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkan ia daripada kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, Ya Allah, elokkanlah perangai (akhlak), fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca hadis dan al-quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w".


Banyak melakukan ibadat, membuat kebajikan dan meninggalkan segala larangannya. Perempuan yang sedang hamil digalakkan memperbanyak mendirikan solat malam, solat sunnat, sentiasa menutup aurat.Manakala suami juga dituntut memperbanyakkan ibadat, berpuasa sunat terutamanya pada hari hari yang disunnatkan iaitu Isnin dan Khamis. Ibu yang hamil juga adalah digalakkan untuk sentiasa membaca makthurat terutamanya setiap kali selepas solat.

Memperbanyakkan membaca Al-Quran, ibu-ibu yang mengandung perlu memperbanyakkan membaca Al-Quran dan cuba memahami makna bacaanya. Antara ayat-ayat Al-Quran yang elok dibaca ialah : surah Al-Fatihah, surah at-Taubah, surah Yusuf, surah Luqman, surah an-nahl ayat ke 78 dan surah al-A'raf ayat 189. Selain ibadah ia juga dapat memudahkan bersalin, mendapat anak yang sihat dan sempurna, anak yang patuh dan taat pada Allah dan Rasul-nya.

Sentiasa berakhlak yang baik. Bagi ibu-ibu yang hamil hendaklah sentias menjaga akhlaknya dan bersikap baik kepad jiran tetangga, tidak suka berborak- borak kosong dengan jiran kerana sikap yang tidak elok ini boleh mempergaruhi anak yang akan dilahirkan kelak. Perbanyakkan membaca Al-Quran daripada berborak-borak kosong. Demekianlah amalan yang dituntut bagi ibu yang hamil untuk mengamalkannya semoga Allah akan memberi ganjaran pahala kepadanya dan diharapkan anak yang akan lahir nanti anak yang betul-betul taat kepada Allah, Rasul dan ibu bapanya.

Akhlak Suami kepada Isteri yang hamil

Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula di sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah


- sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.

- sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.

- jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam

- keadaan marah, banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba

- mengingati keadaan manis dan jasa isteri.

- Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.

- jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.

- hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.

- bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.

- cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.

- berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat. Tenagkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.- bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.


Akhlak Isteri terhadap suami ketika hamil

- menunjukkan sifat kasih sayang terhadap suami

- menjaga lidahnya dari menyebut perkataan kesat dan keji.

- Taat kepada segala perintah suami selagi ia tidak melanggar hokum Allah.

- jangan cerewet dan menimbulkan masalah dalam rumahtangga.

- hormatilah hak dan kelebihan suami juga keluarganya.

- apabila suami dalam keadaan marah maka diamkanlah diri semoga ini dapat melembutkan hati suami.

- berterus teranglah pada suami apabila timbul sesuatu masalah dan jangan was-was terhadap suami.

- jangan merendah-rendahkan suami d hadapan orang lain.

- jangan berlebihan dalam berbelanja dan hendaklah selalu bersyukur dengan apa yang ada

.- jauhilah dari mencungkil rahsia-rahsia suami yang tidak dia sukai dan Janganlah sengaja mencari-cari kesilapan suami.

- jauhilah dari perasaan mencintai orang lain lebih dari suami sendiri.

About Me

Foto Saya
..::Siti♥Syuk::..
Cinta Kita Adalah Cinta Terindah Musim Ini..
Lihat profil lengkap saya