di mana dirinya..
seperti ada dalam tiada..
seperti menjelma dalam bayangan kekeliruan
namun yang pasti dirinya masih tiada
masih berada jauh dariku
tiada siapa tahu bila dan ketika ianya akan hadir
hanyalah DIA yang mencorakkan segalanya..
terkadang terasa seperti kedengaran bisikan tangisan kecil
namun ku tahu itu hanyalah sekadar khayalanku
walau hanya sekadar khayalan namun
terasa sedikit bahagia kerana
tangisan itu hadir menemani alam khayalanku..
namun bilakah ianya kan menjadi nyata
ianya masih menjadi persoalan dalam hidupku..
jika tidak tangisan itu sudah menjadi nyata hari ini
namun apakan daya
ALLAH lebih menyayanginya
ia hanya dipinjamkan sekejap buatku
setiap detik aku berdoa..
semoga tangisan kecil itu akan menjelma jua satu hari nanti
hadir menemani hari-hariku yang sunyi...
0 ♥ kata pujangga♥:
Catat Ulasan