topbella

Isnin, 29 Jun 2009

Kelebihan Bulan Rejab

Sabda Nabi s.a.w.:
Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,
nescaya Allah muliakan kamu dengan
seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.:
Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku
Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,
Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya
Malam awal Rejab mustajab do'anya.
(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi(Firdaus).
* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa tiga hari pada bulan Rejab d! ijadikan parit yang panjang,
yang menghalangkan dia keneraka (panjangnya setahun perjalanan).
* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada
bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan
daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
*Puasa lima hari pada bulan Rejab,
aman daripada azab kubur.
* Puasa enam hari pada bulan Rejab,
keluar kubur bercahaya muka.
* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab,
ditutup daripada tujuh pintu neraka.
* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.
* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab
keluar dari kuburnya lalu,
MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH
tidak ditolak dia masuk syurga
* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan
baginya hamparan perhentian
di Titi Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.
* Puasa 16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat melihat
wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama
menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19 belas hari pada bulan Rejab,
dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai
Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala
dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal
barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:
* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun.
Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti
kelebihan Qur'an atas segala Qalam.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti
puasa empat puluh tahun! dan diberi minum air dari Syurga.

Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,
terbang seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim di hari kiamat.
Puasa sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya.
Puasa pada awal Rejab, pertengahannya
dan akhirnya seperti puasa sebulanpahalanya.
Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa
orang-orangyangmeminta ampun dan bertaubat kepada Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat
Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab
hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti.
Sasiapa bersedekah pada bulan Rejab seperti
sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap
sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat,
dihapus seribu kejahatan.

Ti! ap sehari puasanya pada bulan Rejab
dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari,
lebih cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan Rejab bulan Allah.

Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah
daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab,
Bulan Allah.Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi,
yang putih yang penuh dengan Malaikat
dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam

Rejab meminta ampun oleh mereka kepada
Umat Muhammad. Allah menjawap:
Telah aku ampunkan mereka!
Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar)
kepada Allah pagi danpetang 70 kali atau 100 kali,
pada bulan Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab,
Allah berseru kepadanya:

"Telah wajib hakmu atasKu,
maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku
dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu.
Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu,
engkau kekas! ihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu.
Sukakanlah kamu, tiada dinding
antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa
enam puluh bulan pahalanya.
Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun,
kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.
Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan,
kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab
dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar
di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada
bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga),
seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.
Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,
70 hajatnya di dalam kuburnya,
70 hajat ketika terbang suhuf
(ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di
Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan).
(Rahmat, pemurah, kebajikan).
Kerana kebesaran,
keagungan dan kemulia! an bulan Rejab itu maka Allah
limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya
yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab,
dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat
pada malamnya.

Demikianlah peri keistimewaannya keagungan
bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.
REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

P E R H A T I A N Beramalah menurut
kemampuan masing-masing, jika tidak dapat
melaksanakannya janganlah ditinggalkan semuanya.

0 ♥ kata pujangga♥:

About Me

Foto Saya
..::Siti♥Syuk::..
Cinta Kita Adalah Cinta Terindah Musim Ini..
Lihat profil lengkap saya