topbella

Sabtu, 7 Ogos 2010

۩۞۩ Salam Ya Ramadhan ۩۞۩


“Bulan Ramadan, bulan rahmat telah datang kepada kamu. Di mana Allah SWT telah berpaling kepadamu dan menurunkan ke atasmu rahmat yang istimewa, mengampunkan akan kesalahan-kesalahan, memperkenankan akan doa-doa, melihat di atas perlumbaan-perlumbaanmu bagi mendapatkan kebaikan yang besar dan berbangga-bangga kepada malaikat-malaikat mengenaimu. Maka tunjukkanlah akan kebaikan-kebaikan daripada kamu. Kerana sesungguhnya orang yang paling ‘dikasihani’ dan paling malang ialah seseorang yang terluput daripada rahmat Allah dalam bulan ini”. (riwayat at-Tabrani)




Bulan yang istimewa dan penghulu segala bulan ini hanya
datang sekali dalam setahun. Setiap kali kemunculannya ia disambut
dengan penuh kegembiraan oleh umat Islam seluruhnya.
Malah, setiap umat Islam yang beriman, menantinya dengan penuh debaran dan harapan.
Peluang untuk beribadah dengan ganjaran pahala yang
berlipat ganda pada bulan ini. Mereka tidak lepaskan dengan begitu saja.
Mereka bagaikan ingin terus mendampingi Ramadan buat selama-lamanya
Mungkin agak pelik jika ada antara kita di kalangan umat Islam
yang sanggup menahan lapar dan dahaga di bulan penuh
keberkatan ini semata-mata memenuhi tuntutan Allah kepada
hamba-Nya yang beriman, tetapi tidak mendirikan solat..

Salam Ramadhan Untuk Kalian Semua...

ikhlas dari : syuk siti

0 ♥ kata pujangga♥:

About Me

Foto Saya
..::Siti♥Syuk::..
Cinta Kita Adalah Cinta Terindah Musim Ini..
Lihat profil lengkap saya