topbella

Sabtu, 19 Februari 2011

Kurma makanan terbaik ibu hamil...

  1. kandungan zat gula yang dimilki lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding karbohidrat pada nasi
  2. Selain mudah diserap oleh tubuh dan mengenyangkan, kurma juga mampu melancarkan pembuangan air besar
  3. Kandungan lain dalam kurma adalah vitamin A,B1, B2, dan c. Ia juga turut mengandungi zat besi dlm asid amino dan mineral
  4. Kaya dengan zat besi dan kalsium sangat sesuai untuk wanita sama ada sewaktu hamil atau bersalin.

Berdasarkan wahyu Allah s.w.t. yg diturunkan kepada ibu Nabi Isa a.s. iaitu Saidatina Maryam, Maryam disuruh memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.

"Dan gegarkanlah ke arahmu batang pohon tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan"(surah maryam ayat 25)

Kurma juga berperanan menenangkan emosi ibu yang baru melahirkan anak dan mengelakkan daripada terjadinya gangguan meroyan.

Khasiat semasa penghujung kehamilan :

  1. Jus Kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
  2. mengurangkan masalah tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi

Khasiat membentuk susu ibu :

  • khasiat zat besi dan kalsium yang terdapat di dlm buah kurma adalah khasiat paling tinggi bagi tujuan pembentukan susu ibu.
  • Sebaik anda disahkan hamil, amalkan memakan kurma sekurang-kurangnya 3 biji dalam masa sehari.
  • bagi ibu yang kurang susu, amalkan makan kurma.

Apabila buah kurma dijadikan makanan amalan sepanjang tempoh kehamilan, ia sebenarnya akan memberikan kesan jangka panjang terhadap perkembangan bayi. Khasiat buah dipercayai sangat berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan juga sum-sum tulang


1 ♥ kata pujangga♥:

Unknown berkata...

salam kunjungn..tanx 4 de info..:)

About Me

Foto Saya
..::Siti♥Syuk::..
Cinta Kita Adalah Cinta Terindah Musim Ini..
Lihat profil lengkap saya