topbella

Rabu, 23 Disember 2009

Al-Fatihah Untuk Si Comel 'Ukasyah

Assalamualaikum wbrt untuk anda semua yang sudi berkunjung ke teratak ini.
Agak lama rasanya blog ini tak isi dengan cerita-cerita baru.
Saya lebih suka meninjau dan membaca blog kawan-kawan.
Nak menulis di blog sendiri rasanya idea menulis tak ada.
Untuk hari ini tergerak hati untuk menulis untuk
mengucap takziah kepada adik Mawadah dan Hafiz
di atas pemergian lil' mujahid mereka 'Ukasyah.
Walaupun tidak pernah bersua muka dan hanya menjadi
pembaca setia blog adik berdua, akak dapat
rasakan kesedihan yang adik alami kini.
Adik agak bertuah kerana diberi kesempatan untuk
mengandung,melahir dan menyusukan walau hanya
seketika tapi berbeza dengan akak yang hanya
beberapa 'bulan' saja 'dipinjamkan' tanpa
dapat 'merasai' kehadirannya.
Akak dan abang doakan semoga adik berdua tabah
menghadapi ujian yang amat perit ini.
Dan jangan biarkan kesedihan ini menggangu pelajaran kalian berdua ya.
Akhir sekali Al-Fatihah untukmu si comel 'Ukasyah..

1 ♥ kata pujangga♥:

Irtiyah berkata...

Salam
Takziah buat mereka.

About Me

Foto Saya
..::Siti♥Syuk::..
Cinta Kita Adalah Cinta Terindah Musim Ini..
Lihat profil lengkap saya